Tun Abdul Razak, ketiga Tun Hussein bin Dato' Onn, keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan keenam Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tunku Abdul Rahman
"...merdeka itu adalah suatu benda yang mudah boleh didapati melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkan benda itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit, dan usaha tenaga bahkan jika kita sendiri juga.." |
"...Hari Merdeka adalah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit.
Jika fahaman kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri lain yang bebas dan terkecewa. Dengan yang demikian, maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia."
"... Tuan-tuan sekalian, akhirnya saya suka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu, tuan-tuan hendaklah bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita.." Tun Dr. Mahathir bin Mohamad |
"...bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..." |
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
"...sesungguhnya, segala kejaayan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan penjuang-pejuang kita yang terdahulu.." Tunku Abdul Rahman telah berjuang mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan. Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencipta bagi menentang arus pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita, bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini.. |
Di wajah suci anak-anak ini kulihat sinar Di hati murni mereka terpahat sebuah impian Andai sengketa membelenggu sesama Andai kerakusan menguasai kita Kemanakah tumpah harapan mereka Kerana, Di bahu kitalah terpikul segunung amanah Di jemaah kita terjunjung selaut ikrar Melunas sumpah, menunai janji Ayuhlah , Rakan dan taulan, sahabat dan saingan Lupakan beza lebihkan menerima Bertatihlah bersamaku Kita berjalan seiringan, kita melangkah sehaluan 1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia !! |
No comments:
Post a Comment