About Me

Kolej Matrikulasi Selangor, Mukim Jugra,Banting, Malaysia
Hai,dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu ini.Blog ini ditubuhkan adalah berdasarkan penyertaan pertandingan membina blog sempena dengan bulan kemerdekaan kita pada kali ini yang meminta wakil dari setiap praktikum melibatkan diri.Oleh itu, dengan segala semangat kemerdekaan yg ada sebagai anak Malaysia marilah kita memeriahkan sambutan kemerdekaan negara Malaysia ini buat kali yg ke-53! Merdeka,Merdeka,Merdeka !!!

Friday, August 27, 2010

Aktiviti & Proqram Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-53

Aktiviti & Program Sempena Sambutan Kemerdekaan Ke-53
Pautan pantas ke bulan: JAN | FEB | MAC | APR | MEI | JUN | JUL | OGOS | SEPT | OKT | NOV | DIS
BULAN JULAI 2010
• Program Penyerahan Koleksi RakyatTarikh: 1 Julai 2010 – 20 Ogos 2010
Tempat: Pusat Komuniti dan Pejabat Penerangan di seluruh daerah & Pejabat Arkib Negara Malaysia Cawangan Negeri sebagai pusat pengumpulan bahan
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara
Maklumat lanjut, sila klik.
• Pertandingan Melukis Seni Kartun - Bakat Muda MerdekaTarikh: 12 Julai 2010 – 23 Ogos 2010
Tempat: Balai Seni Lukis Negara
Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang
Agensi Pelaksana : Balai Seni Lukis Negara
• Pertandingan Pidato dan Esei KebangsaanTarikh: 20-22 Julai 2010 (Pidato) 1-15 Julai 2010 (Esei)
Tempat: Semi Final: Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia & Auditorium Balai Seni Lukis, Final: Dewan Bahasa dan Pustaka
Masa: 9 pagi - 12 tengahari
Agensi Pelaksana: Perpustakaan Negara
BULAN OGOS 2010
• Majlis Pelancaran Kibar Jalur GemilangTarikh: 1 Ogos 2010
Tempat: Stadium Utama, Kangar, Perlis
Masa: 8.00 malam -10.30 malam
• Pameran Kemerdekaan "Wira Yang Tidak Dicanang"Tarikh: 17 Ogos 2010 hingga 17 September 2010
Tempat: Muzium Negara
Masa: 9.00 pagi - 6.00 petang
Agensi Pelaksana : Jabatan Muzium Malaysia
• Pameran Memperingati Detik Sejarah Kemerdekaan (Ruang dalam muzium)
• Pameran RTM Mengisi Kemerdekaan (Ruang legar muzium)
• Tayangan Filem/Dokumentari/Drama
• Kuiz Merdeka 53
• Tayangan khas/esklusif 

Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 30 September 2010
• Peraduan Merekacipta Kad Hari Kemerdekaan
• Peraduan Mencipta Pantun Kemerdekaan
• Peraduan Mencipta Slogan atau Nama Baru Muzium Penyiaran
Tarikh: 23 Ogos 2010 hingga 23 September 2010
• Cadangan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records dengan menyiarkan lagu-lagu patriotik selama 24 jam tanpa henti di dalam web online RTMTarikh: 30 - 31 Ogos 2010
• Majlis Berbuka Puasa Muhibah 1MalaysiaTarikh: 30 Ogos 2010
Masa: 6.15 petang – 10.00 malam
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan
Agensi Pelaksana: Jabatan Arkib Negara
Majlis Berbuka Puasa dan Tahlil Merdeka bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak anjuran KPKKTarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 6.00 petang
Tempat: Masjid Putra, Putrajaya
• Acara Perbarisan dan Perarakan Tarikh: 31 Ogos 2010
Masa: 7.00 pagi- 9.30 pagi
Tempat: Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
BULAN SEPTEMBER 2010
• Meraikan warga RTM yang lahir pada 31 OgosTarikh: 1 September 2010
• Perayaan Hari Malaysia
i. Pameran
ii. Pertandingan Koir Patriotik
iii. Acara Rasmi 
Tarikh: 16 September 2010
Tempat: Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah
• Bicara Tokoh RTM mengenai Kemerdekaan
• Lukisan Graffiti 1Malaysia Menjana Transformasi
Tarikh: 21 September 2010
• Peraduan Mewarna Merdeka 50Tarikh: 25 September 2010
• Manifestasi Puisi KemerdekaanTarikh: 23 – 25 September 2010
Masa: 9.00 pagi - 11 malam
Tempat: Taman Budaya Negeri Melaka
Agensi Pelaksana: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
• Persembahan Nyanyian Lagu PatriotikTarikh: 30 September 2010

TEMA : 1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI



SALAM MERDEKA SEMUA !


Tak lama lagi kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan kali yang ke 53.
Oleh itu apa kata kita mengimbas semula tema-tema hari kemerdekaan pada tahun-tahun lepas.
Sebenarnya hari kemerdekaan hanya mempunyai tema bermula daripada tahun 1970.
Setiap tahun tema ini diubah mengikut situasi semasa kecuali tahun 1988-1989 dan tahun 2000-2006.
1970 Muhibah dan Perpaduan
1971 Masyarakat Progresif
1972 Masyarakat Adil
1973 Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
1974 Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
1975 Masyarakat Berdikari
1976 Ketahanan Rakyat
1977 Bersatu Maju
1978 Kebudayaan Sendi Perpaduan
1979 Bersatu Berdisiplin
1980 Berdisiplin Berbakti
1981 Berdisiplin Berharmoni
1982 Berdisiplin Giat Maju
1983 Bersama Ke Arah Kemajuan
1984 Amanah Asas Kejayaan
1985 Nasionalisme Teras Perpaduan
1986 Bangsa Tegas Negara Teguh
1987 Setia Bersatu Berusaha Maju
1988 Bersatu
1989 Bersatu
1990 Berjaya
1991 Wawasan 2020
1992 Wawasan Asas Kemajuan
1993 Bersatu Menuju Wawasan
1994 Nilai Murni Jayakan Wawasan
1995 Jatidiri Pengerak Wawasan
1996 Budaya Penentu Kecapaian
1997 Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
1998 Negara Kita, Tanggungjawab Kita
1999 Bersatu Ke Alaf Baru
2000-2006 Keranamu Malaysia
2007 Malaysiaku Gemilang
2008 Perpaduan Teras Kejayaan
2009 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Dan 2010 1 Malaysia Menjana Transformasi 

Namun apakah maksud disebalik tema kita yang gah itu pada kali ini?




1Malaysia Menjana Transformasi

Tema Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini ialah 1Malaysia Menjana Transformasi.
Transformasi di sini membawa maksud berlakunya proses perubahan hasil inovasi yang bakal memberikan faedah kepada rakyat dan seterusnya melahirkan generasi yang berakhlak terpuji.
“Perubahan minda yang positif perlu ada ke arah pembinaan masyarakat dan negara yang dinamik."
Oleh itu, untuk menjayakan  aspirasi kerajaan, kita perlu ada kesediaan serta keberanian untuk berubah ke tahap yang lebih baik.

Disini ada disertakan satu klip video yang berkaitan dengan tema kemerdekaan kita pada tahun ini.Hayatilah...





Dimanakah kita di merdeka kali ni?. Maksud saya disini, dimanakah pemikiran kita? Dimanakah kefahaman kita tentang merdeka?. Adakah merdeka kita jika seperti Salleh? atau merdeka kah kita juga kita hadapi kisah sebegini

Dalam mempersoal kisah dan cerita merdeka, mungkin boleh kita pikirkan akan penat lelah perjuang negara mempertahankan kemerdekaan negara 53 tahun yang lepas. Pertahankan kemerdekaan pada tahun 2010 bagi rakyat Malaysia kini sebenarnya lebih getir, ia melibatkan pemikiran, dalaman yang masih dijajah unsur unsur barat. 

Bertemakan 1 Malaysia Menjana Transformasi, kemerdekaan kali ini dilihat dalam bentuk perpaduan kaum, dan juga membentuk satu kejayaan yang mampu dihasilkan, sama-sama kita renungkan.


Sejarah Ringkas Kemerdekaan



Sejarah Kemerdekaan 

Suara tuntutan kemerdekaan telah lama kedengaran. Malangnya setelah Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945 apabila Hiroshima dan Nagasaki dibom, penjajah Inggeris kembali ke Tanah Melayu dengan niat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah koloni.

Di Tanah Melayu, penyerahan kuasa secara rasmi oleh Jepun kepada Inggeris dibuat di Victoria Institution, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1946. Inggeris telah memperkenalkan Malayan Union yang memberikan hak sama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Malayan Union ternyata mendatangkan kerugian dan meminggirkan hak kaum Melayu dan bumiputera sebagai penduduk asal negara ini serta menjejaskan institusi dan fungsi Raja-Raja Melayu. Oleh itu, cadangan Inggeris memperkenalkan Malayan Union mendapat tentangan hebat seluruh orang Melayu termasuk Majlis Raja-Raja. Datuk Onn telah mengumpulkan lebih 200 perwakilan Melayu dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu pada 1 - 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Sebuah jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh-tokoh seperti Dato Onn Jaafar, Dato Panglima Bukit Gantang, Dato Nik Ahmad Kamil, Dato Hamzah Abdullah dan En. Zainal Abidin (Za’ba) ditubuhkan.

Kongres bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) yang akan dibentangkan dalam kongres akan datang. Dalam Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 di Johor Bharu Dato’ Onn Jaafar mengumumkan penubuhan UMNO pada 11 Mei 1946. penubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah negara Malaya merdeka dan berdaulat, memajukan dan memelihara kepentingan orang Melayu dan rakyat Malaya  dan memelihara dan mempertahankan agama dan adat resam Melayu serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu.

Penentangan mereka berjaya mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani oleh Raja-Raja pada 21 Januari 1948 yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu; kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Perjuangan orang Melayu berjaya membentuk Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi 9 buah negeri Melayu iaitu Selangor, Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, dan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Ia diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif dan dibantu serta dinasihati oleh Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

Kedudukan Majlis Raja-Raja berjaya diletakkan pada tempat yang lebih baik yang antara lain berfungsi menasihatkan Pesuruhjaya Tinggi mengenai dasar-dasar yang akan dilaksanakan di Persekutuan Tanah Melayu. Jawatan Residen diganti oleh seorang Menteri Besar. Sementara syarat-syarat kerakyatan diperketatkan melalui kuatkuasa undang-undang dan naturalisasi secara permohonan.

Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. UMNO dipimpin oleh ramai tokoh yang terbilang seperti Datuk Onn Jaafar, Tun Abdul Razak, Ghaffar Baba, Dr. Ismail, Aziz Ishak, Sardon Jubir dan sebagainya untuk menyusuri jalan kemerdekaan. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato’ Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.

Ternyata perjuangan berabad lamanya orang Melayu bermula sejak kejatuhan Kerajaan Melaka, orang Melayu bersama sultan atau pemimpin tempatan sentiasa cuba mengembalikan maruah bangsa dan negara. Perjuangan mereka dimulai secara perang gerila sebagaimana dirintis oleh bekas kesultanan Melaka (1511) dan kesultanan Johor, Raja Haji (1782), Dol Said (1831), Datuk Maharaja Lela, Datuk Sagor (1875), Datuk Bahaman, Mat Kilau (1891), Tok Janggut (1914), Haji Abdul Rahman Limbong (1928), Datu Mat Salleh (1894), Sharif Mashahor (1860), Rentap (1853) dan sebagainya.


Bentuk perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan pada sekitar awal 1900 mula digerakkan oleh golongan agama seperti Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, pergerakan Hizbul Muslimin, pondok agama Gunung Semanggol,  begitu juga peranan Syeikh Abdullah Fahim, guru agama di Kepala Batas pada tahun-tahun 1930-an dan guru-guru Melayu khususnya dari Sultan Idris Training College.

Selepas itu, bentuk perjuangan berubah menggunakan tinta dan mata pena. Mereka daripada kalangan novelis, cerpenis, penyajak dan wartawan Melayu khususnya daipada Utusan Melayu banyak memberikan pendedahan mengenai perjuangan membebaskan diri daripada cengkaman penjajahan. Antara pelopornya ialah Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), A. Rahim Kajai, Ibrahim Yaakob, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam, Usman Awang, Shahnon Ahmad dan ramai lagi hingga sebahagian daripada mereka menjadi buruan Inggeris dan dipenjarakan. Sesungguhnya apabila kita menyusuri akar perjuangan kemerdekaan, ternyata ia telah banyak menumpahkan keringat, darah dan air mata.

Ke Arah Mencapai Kemerdekaan 


Ketika arus kesedaran mengenai kemerdekaan kuat bergelora, Inggeris bimbang sekiranya orang Melayu mengalihkan sokongan mereka kepada parti berhaluan kiri seperti Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Kesatuan Melayu Muda (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Parti Komunis Malaya (PKM). Oleh itu, apabila Parti Perikatan, UMNO dan MCA begitu kuat mendesak mengadakan pilihanraya, Inggeris akhirnya tunduk menunaikan tuntutan dan tekanan mereka.

Pilihanraya Persekutuan pertama pada 27 Julai 1955 telah diadakan. Beberapa parti seperti UMNO, MCA, MIC, Parti Negara, PAS, Parti Buruh telah ikut serta dalam merebut 52 buah kerusi yang dipertandingkan. Bagi menunjukkan komitmen ke arah kemerdekaan sejagat, UMNO telah mengadakan kerjasama dengan MCA (yang ditubuhkan pada 27 Februari 1949) dan MIC (ditubuhkan pada  Ogos 1946) membentuk Parti Perikatan untuk menghadapi pilihanraya tersebut.

Hasilnya mereka berjaya menguasai 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Ia menjadi asas kepada persefahaman untuk memenuhi tuntutan Inggeris bahawa kemerdekaan boleh dicapai dengan adanya kerjasama dan saling bertolak ansur antara kaum di Tanah Melayu. Manifestasi Perikatan ialah menjanjikan kemerdekaan dalam masa empat tahun.

Pada 1Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman membentuk Kabinet pertama yang dianggotai oleh 6 wakil Melayu, 3 wakil Cina dan 2 wakil India. Tunku  Abdul Rahman selaku Ketua Menteri dan Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri. Antara barisan ahli yang lain ialah Datuk Abdul Razak Hussain, Dr. Ismail Datuk Abdul Rahman, En. H.S. Lee, En. Abd. Aziz Ishak, En. Baba Leong Yew Koh, En. Sardon Haji Jubir, Tun V.T. Sambathan, En. Sulaiman Datuk Abd. Rahman dan En. Bba Ong Yok Lin. Mereka   mengangkat sumpah jawatan pada 9 Ogos 1955.

Selain memenuhi syarat persefahaman antara kaum, Tunku Abdul Rahman dicabar supaya menyelesaikan isu pemberontakan komunis untuk mendapatkan kemerdekaan. Inggeris berjanji selagi ancaman komunis tidak ditangani, kemerdekaan mungkin lewat diberikan. Bagi menyahut cabaran tersebut, Tunku memilih cara diplomasi dengan mengadakan Rundingan Baling pada 28-29 Disember 1956 bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Melaya (PKM). Tindakan tersebut telah mencemaskan Inggeris yang selama ini berhadapan dengan PKM secara kekerasan.
Kebimbangan Inggeris memberikan kesan mempercepatkan lagi proses pemberian kemerdekaan. Ia memperlihatkan kebijaksanaan siasah Tunku Abdul Rahman. Sementara di pihak PKM, mereka menolak dengan angkuh permintaan Tunku untuk membubarkan partinya malah terus memilih untuk meneruskan penentangan bersenjata yang ternyata telah banyak membawa kesengsaraan khususnya kepada penduduk luar Bandar dan menggugat keselamatan dan ekonomi negara.
Pada 18 Januari - 6 Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan merundingkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. 

Rombongan tersebut turut disertai oleh beberapa pemimpin Parti Perikatan; Dato' Abdul Razak Hussein, Dr. Ismail Abdul Rahman, Kolonel H.S. Lee, Tuan T.H. Tan dan Encik Bahaman Shamsudin dan wakil Raja-Raja Melayu; Dato' Panglima Bukit Gantang, Dato' Nik Ahmad Kamil, Encik Abdul Aziz Majid dan Dato Mohd. Seth. Pada 8 Februari 1956, Perjanjian Merdeka telah dimetrai dengan menetapkan tarikh 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Sekembali dari London, Tunku Abdul Rahman telah membuat Pengisytiharan Kemerdekaan di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956 dan disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan oleh seluruh rakyat.
Selaras dengan persediaan menyambut kelahiran sebuah negara yang baru merdeka, sebuah suruhanjaya bebas yang dikenali sebagai Suruhanjaya Perlembagaan Reid telah dibentuk pada 21 Mac 1956 untuk mengkaji dan menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 12.00 tengah malam 30 Ogos 1957, bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur lantas bendera Persekutuan Tanah Melayu mengambl alih dan terus berkibar megah. 

Pada keesokan harinya, gema merdeka sebanyak tujuh kali memenuhi segenap pelosok Stadium Merdeka, Kuala Lumpur apabila upacara pengisytiharan kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman. Hasil perjuangan seluruh orang Melayu dan gabungan beberapa kaum lain, akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu berjaya merungkai rantai penjajahan yang sekian lama membelenggu peribuminya.