About Me

Kolej Matrikulasi Selangor, Mukim Jugra,Banting, Malaysia
Hai,dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu ini.Blog ini ditubuhkan adalah berdasarkan penyertaan pertandingan membina blog sempena dengan bulan kemerdekaan kita pada kali ini yang meminta wakil dari setiap praktikum melibatkan diri.Oleh itu, dengan segala semangat kemerdekaan yg ada sebagai anak Malaysia marilah kita memeriahkan sambutan kemerdekaan negara Malaysia ini buat kali yg ke-53! Merdeka,Merdeka,Merdeka !!!

Thursday, August 26, 2010

Disebalik Kemerdekaan

Ada apa dengan MERDEKA? Apakah maksud 'kemerdekaan'?. Ramai lagi yang masih tertanya-tanyaapakah maksud disebalik kemerdekaan yang disambut setiap tahun pada 31 Ogos.

ERTI KEMERDEKAAN

Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara.

Menyorot kembali perjuangan kemerdekaan bangsa Melayu sejak 1511 hingga ke Perang Dunia Kedua 1941-1945, negara ini telah mengalami 3 peringkat perjuangan. Peringkat pertama, secara militan atau gerila, perjuangan pondok yang dipelopori oleh golongan ulama dan kemudian golongan nasionalisma yang berjuang melalui mata pena. Ketiga-tiga kategori perjuangan ini berjalan berasingan sehinggalah pada cadangan untuk mengadakan Kongres Melayu pertama pada 1-4 Mac 1946 diadakan dan menyatukan ketiga-tiga kategori perjuangan ini dengan lebih tersusun dan teratur. Terbentuknya UMNO semasa persidangan tersebut telah memantapkan lagi perjuangan ke arah menuntut kemerdekaan negara.
Menjadi tanggungjawab rakyat generasi baru hari ini untuk mengenang dan menghayati erti kemerdekaan. Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki dapat dipertahankan dan dikekalkan. Tanpa ilmu pengetahuan, kemerdekaan yang baru sahaja diperolehi amat rapuh.

Rakyat perlu bersedia menghadapi pelbagai cabaran untuk memperkasakan bangsa yang merdeka. Sementelah seluruh rakyat Malaysia telah melalui pelbagai cabaran getir, kemerdekaan perlu dihayati dan diisi dengan memelihara kekuatan politik, ekonomi, sosial, agama, bahasa, budaya dan seni warisan bangsa. Segala jurang pembangunan, ekonomi dan sosial di kalangan kaum perlu dirapatkan dan diperkukuhkan agar saling menikmati erti kemerdekaan. Perpaduan yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan perlu diteruskan dan disemai supaya rakyat menjadi semakin kukuh.

Bumi bertuah ini telah melahirkan ramai pemimpin berkaliber ketika negara bergelut dengan pelbagai masalah seperti kemiskinan, taraf pendidikan yang rendah, perpaduan kaum bahkan ancaman komunis ketika Darurat yang diisytiharkan sejak 1948 lagi. Dengan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru 1970-1990 (DEB), Rancangan Buku Hijau dan Buku Merah, rancangan mempertingkatkan penguasaan ekonomi penduduk bumiputera dan jurang perbezaaan antara kaum dapat diharmonikan. Dasar pendidikan bermula dari Penyata Razak dan Rahman Talib hingga kini berjaya membebaskan diri rakyat daripada belenggu kejahilan kepada masyarakat moden.

Beberapa dasar negara telah diperkenalkan seperti Dasar Pandang ke Timur, Dasar Perindustrian, Dasar Pensyarikatan dan Wawasan 2020 telah menjadikan Malaysia negara maju. Kemerdekaan menjadikan kita bangsa yang merdeka dan berdaulat serta bebas menyusun hala tuju sendiri. Kita bebas dari sudut ekonomi, politik, ketenteraan, budaya dan agama. Bebas dalam erti kata mengikut acuan dan kemahuan kita untuk membentuk jati diri bangsa Malaysia yang berdaulat.

Mari kita lihat apa pandangan mereka tentang kemerdekaan : 

  • Jeeva:  bagi saya merdeka ialah kebebasan individu dalam semua aspek termasuk bersuara...
    about 5 months ago

  • Lailatul : Merdeka bagi saya adalah sangat subjektif dimana kemerdekaan kalau dilihat dari sudut kebebasan,ianya memberi maksud bahawa negara kita yang selama ini dijajah dikongkong sepenuhnya oleh panjajah luar sehingga segala perkembangan ekonomi dikawal telah pun bebas.jadi sudah menjadi tugas kita sebagai rakyat malaysia yg telah bebas dari itu semua untuk bangkit dan bangun dengan mengambil segala pedoman dan tauladan dari perkara lalu untuk membina sejarah baru yang lebih baik untuk meningkatkan taraf negara sendiri ;)
    about 5 months ago 

  • i think kemerdekaan means the freedom.the freedom which bring us to these day where all Malaysian would live in peace and get socialized within each of us without any fear,revenge or whatever that could harm our peaceful.i'm proud to be malaysian n i love to live in malaysia.;)
    about 5 months ago