About Me

Kolej Matrikulasi Selangor, Mukim Jugra,Banting, Malaysia
Hai,dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu ini.Blog ini ditubuhkan adalah berdasarkan penyertaan pertandingan membina blog sempena dengan bulan kemerdekaan kita pada kali ini yang meminta wakil dari setiap praktikum melibatkan diri.Oleh itu, dengan segala semangat kemerdekaan yg ada sebagai anak Malaysia marilah kita memeriahkan sambutan kemerdekaan negara Malaysia ini buat kali yg ke-53! Merdeka,Merdeka,Merdeka !!!

Wednesday, September 15, 2010

Kata-kata Mutiara Perdana Menteri

Setiap Perdana Menteri Malaysia tidak pernah alpa dengan tugas yang perlu mereka laksanakan demi negara. Masing-masing mempunyai tanggungjawab sendiri. Mereka juga mempunyai cara mereka yang tersendiri dalam memberikan yang terbaik buat negara, Malaysia. Disini ada diselitkan kata-kata mutiara daripada perdana menteri kita yang pertama iaitu Tunku Abdul Rahman , kedua
Tun Abdul Razak, ketiga Tun Hussein bin Dato' Onn, keempat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, kelima Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan keenam Datuk Seri Najib Tun Razak.


Tunku Abdul Rahman
"...merdeka itu adalah suatu benda yang mudah  boleh didapati melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkan benda itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.

Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit, dan usaha tenaga bahkan jika kita sendiri juga.."

 Tun Abdul Razak
"...Hari Merdeka adalah hari Kebangsaan kita. Marilah kita membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit.
Jika fahaman kebangsaan yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap maka sifat bertolak ansur dan tali persahabatan kita dengan negeri-negeri lain yang bebas dan terkecewa. Dengan yang demikian, maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia."


 Tun Hussein bin Dato' Onn

"... Tuan-tuan sekalian, akhirnya saya suka  berpesan dan berharap semoga  tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa.
Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman  dan kedaulatan negara. Di samping itu, tuan-tuan hendaklah bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita.."




 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad


"...bukan kecil tugas kita meneruskan perjuangan kemerdekaan kita, mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara..." 

 Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi


"...sesungguhnya, segala kejaayan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan  penjuang-pejuang kita yang terdahulu.."
Tunku Abdul Rahman telah berjuang mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan. Tun Hussein Onn memerah keringat bagi memupuk perpaduan rakyat. Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencipta bagi menentang arus pemodenan.
Mereka sebagai pemimpin kita, bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini..








  Datuk Seri Najib Tun Razak

Di wajah suci anak-anak ini kulihat  sinar
Di hati murni mereka terpahat sebuah impian
Andai sengketa membelenggu sesama
Andai kerakusan menguasai kita
Kemanakah tumpah harapan mereka

Kerana,
Di bahu kitalah terpikul segunung amanah
Di jemaah kita terjunjung selaut ikrar
Melunas sumpah, menunai janji

Ayuhlah ,
Rakan dan taulan, sahabat dan saingan
Lupakan beza lebihkan menerima
Bertatihlah bersamaku
Kita berjalan  seiringan, kita melangkah sehaluan
1 suara, 1 impian, 1 harapan, 1 Malaysia !! 




Sambutan Kemerdekaan Di Kolej Matrikulasi Selangor

Hai, salam satu malaysia dan salam kemerdekaan kepada semua. Walaupun bulan kemerdekaan telahpun lama berlalu namun kehangatan sambutan kemerdekaan itu masih lagi terasa sampai sekarang. Hal ini demikian kerana, perbagai sambutan yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor bersempena kemerdekaan yang ke-53 ini. Antara sambutan yang telah diadakan adalah seperti berikut :


SAMBUTAN  AMBANG MERDEKA 2010 DI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR:  

Pada 30 Ogos 2010, semua pelajar kolej dan pensyarah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan kemerdekaan ini di Surau Al-Sufi. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sambutan tersebut seperti solat hajat sebagai tanda kesyukuran terhadap keamanan dan kemerdekaan yang diperolehi selama 53 tahun ini.Selain itu, terdapat juga penyampaian ceramah tentang kemerdekaan oleh Panglima Hebat. beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau dalam mencapai keamanan untuk negara, Malaysia. 




Sejurus selepas tamatnya ceramah yang disampaikan oleh beliau, majlis diambil alih oleh Encik Azra Bin Zainol Rashid selaku Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Selangor. Beliau mengetuai semua pelajar dan pensyarah dalam membuat kiraan ambang kemerdekaan sebanyak 7 kali. 
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka !


Para pelajar juga turut bersama melaungkan perkataan 'merdeka' sebanyak 7 kali dengan penuh semangat,kesyukuran dan juga kebanggaan...


 Suasana malam ambang kemerdekaan....


Tayangan penghapusan kumpulan al-maunah
Para pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
 



Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan 
 Disini terdapat rakaman video laungan kemerdekaan pada malam tersebut :






Majlis sambutan ambang kemerdekaan ini tamat pada pukul 12.30 pagi.

Selain itu, pihak kolej juga telah menganjurkan program Pertandingan Koir Antara Blok.
Dalam pertandingan koir ini, antara blok yang terlibat ialah Mira, Polaris, Vega, Carpella, Canopus.
Disini terdapat video rakaman pertandingan koir yang berlangsung pada malam tersebut...meriahnyaaa...