About Me

Kolej Matrikulasi Selangor, Mukim Jugra,Banting, Malaysia
Hai,dan salam 1 Malaysia kepada semua pengunjung blog Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Melayu ini.Blog ini ditubuhkan adalah berdasarkan penyertaan pertandingan membina blog sempena dengan bulan kemerdekaan kita pada kali ini yang meminta wakil dari setiap praktikum melibatkan diri.Oleh itu, dengan segala semangat kemerdekaan yg ada sebagai anak Malaysia marilah kita memeriahkan sambutan kemerdekaan negara Malaysia ini buat kali yg ke-53! Merdeka,Merdeka,Merdeka !!!

Wednesday, September 15, 2010

Sambutan Kemerdekaan Di Kolej Matrikulasi Selangor

Hai, salam satu malaysia dan salam kemerdekaan kepada semua. Walaupun bulan kemerdekaan telahpun lama berlalu namun kehangatan sambutan kemerdekaan itu masih lagi terasa sampai sekarang. Hal ini demikian kerana, perbagai sambutan yang telah diadakan di Kolej Matrikulasi Selangor bersempena kemerdekaan yang ke-53 ini. Antara sambutan yang telah diadakan adalah seperti berikut :


SAMBUTAN  AMBANG MERDEKA 2010 DI KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR:  

Pada 30 Ogos 2010, semua pelajar kolej dan pensyarah dijemput untuk menghadiri majlis sambutan kemerdekaan ini di Surau Al-Sufi. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang sambutan tersebut seperti solat hajat sebagai tanda kesyukuran terhadap keamanan dan kemerdekaan yang diperolehi selama 53 tahun ini.Selain itu, terdapat juga penyampaian ceramah tentang kemerdekaan oleh Panglima Hebat. beliau juga turut berkongsi pengalaman beliau dalam mencapai keamanan untuk negara, Malaysia. 




Sejurus selepas tamatnya ceramah yang disampaikan oleh beliau, majlis diambil alih oleh Encik Azra Bin Zainol Rashid selaku Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar Kolej Matrikulasi Selangor. Beliau mengetuai semua pelajar dan pensyarah dalam membuat kiraan ambang kemerdekaan sebanyak 7 kali. 
Merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka, merdeka !


Para pelajar juga turut bersama melaungkan perkataan 'merdeka' sebanyak 7 kali dengan penuh semangat,kesyukuran dan juga kebanggaan...


 Suasana malam ambang kemerdekaan....


Tayangan penghapusan kumpulan al-maunah
Para pelajar sedang khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan
 



Penyerahan cenderamata sebagai tanda penghargaan 
 Disini terdapat rakaman video laungan kemerdekaan pada malam tersebut :






Majlis sambutan ambang kemerdekaan ini tamat pada pukul 12.30 pagi.

Selain itu, pihak kolej juga telah menganjurkan program Pertandingan Koir Antara Blok.
Dalam pertandingan koir ini, antara blok yang terlibat ialah Mira, Polaris, Vega, Carpella, Canopus.
Disini terdapat video rakaman pertandingan koir yang berlangsung pada malam tersebut...meriahnyaaa...

 

1 comment:

  1. JAGODOMINO Agen poker Online Terpercaya dan terbaik di Indonesia

    *Minimal Deposit Hanya Rp 15.000
    *Minimal Withdraw Hanya Rp 30.000
    *Proses Deposit & Withdraw Super Cepat & aman
    *Dilayani Oleh CS yang Profesional dan Ramah 24 Jam
    *Player Vs Player Dijamin 100% (Tanpa Robot)

    *=================[BIG PROMO]=================*

    *Bonus CASHBACK 0.2%-0.5% [SETIAP HARI]
    *Bonus REFERENSI 20% [SEUMUR HIDUP]

    info selanjutnya silahkan hubungi CS 24 jam yang siap melayani anda...
    WA: +855717086677
    BBM: jago288

    Untuk pendaftaran Langsung Kunjungi Link Resmi Kami

    ReplyDelete